Skip to main content

Bola Sepak

Rashford sekali lagi bintangi kemenangan Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashfrod.jpg
Marcus Rashford memberi Barcelona satu lagi sebab untuk menandatanganinya secara tetap dengan satu gol dalam kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Elche semalam.

Barcelona mendahului pada minit kesembilan apabila Alejandro Balde memintas hantaran yang tersasar, sebelum memberi laluan kepada Yamal, yang melakukan penyudah yang cantik dari jarak 10 ela. 

Kedudukan menjadi 2-0 tiga minit kemudian apabila Torres menolak masuk hantaran Fermin Lopez ketika Barca menjaringkan gol daripada kedua-dua percubaan tepat mereka.

Elche, mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-42 apabila Rafa Mir merembat masuk bola ke sudut gawang. 

Mir kemudian melepaskan rembatan yang cantik terkena palang gol pada awal separuh masa kedua ketika Blaugrana mendahului tipis.

Bagaimanapun Rashford yang ingin menjadikan pinjamannya sebagai perpindahan tetap, berjaya meredakan rasa gementar Barcelona apabila dia merembat masuk menerjah gawang sejurus permainan melewati 60 minit waktu permainan bagi mencetak gol keduanya dalam saingan LaLiga. 

Keputusan itu menyaksikan pasukan Catalan itu mengurangkan jurang pendahulu liga, Real Madrid, kepada lima mata selepas 11 perlawanan.
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video