EPL
Rashford cukup cemerlang dalam sesi latihan -- Unai Emery
Pengendali Aston Villa, Unai Emery, menegaskan bahawa pemain pinjaman baharu, Marcus Rashford, telah berlatih 'hebat' dan mempunyai 'potensi besar' walaupun Manchester United bersedia untuk berpisah dengan penyerang itu.
Berikutan spekulasi berminggu-minggu selepas tidak disenangi di bawah kendalian Ruben Amorim, Rashford menyertai Villa secara pinjaman pada penghujung Januari, menandatangani kontrak dengan kelab Midlands itu sehingga akhir musim.
Amorim mengetepikan Rashford daripada skuadnya dan berkata pada Khamis bahawa dia tidak 'bermain bola sepak dan berlatih seperti yang saya mahukan' -- terbaharu dalam barisan panjang petunjuk bahawa pengurus United itu tidak menghargai bakat pemain antarabangsa England itu.
Tetapi Emery semalam berkata bahawa Rashford telah berlatih dengan baik di Villa dan bahawa dia teruja untuk menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu beraksi, yang mungkin berlaku seawal pertembungan pusingan keempat Piala FA Ahad menentang Tottenham.
“Rashford berlatih dengan cemerlang, memiliki potensi yang besar untuk menyerlah,”
“Saya tidak mahu tahu sebab dia tinggalkan Manchester.
"Tetapi saya sangat gembira dia di Aston Villa. Kami akan bantu Rashford menemui rentak terbaik.
"Cabaran saya mengenai Rashford adalah besar."
Villa bersetuju untuk membiayai sebahagian besar gaji Rashford, dan bonus berkaitan persembahan turut tersenarai dalam kontrak pinjamannya.