Raphinha 'korban' Barcelona demi Lionel Messi

Shaiful Shamsudin
April 28, 2023 11:18 MYT
Keazaman Barcelona untuk membawa Lionel Messi kembali ke Camp Nou akan menjadi jalan cerita utama dalam jendela perpindahan seterusnya.
Tetapi usaha mereka untuk menawarkan kontrak kepada juara Piala Dunia 2022 itu menjadi rumit berikutan situasi kewangan skuad Blaugrana.
Akibatnya, skuad Barca dalam senarai notis dengan jangkaan bahawa pemain utama mungkin perlu dilepaskan sekalipun berjaya memujuk Messi kembali sebaik perjanjiannya di Paris Saint-Germain (PSG) tamat hujung musim ini.
Justeru, Raphinha mungkin dijual dengan tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat.

FC Barcelona Temporada 22/23: PJ 45 V31 E7 D8 86GF 37GC TÍTULOS: 1 Partidos sin recibir gol: 26 Lewandowski 28 Rapinha 9 Dembelé 8 Pedri 7 Ansu Fati 7 Ferran 7 Roberto 4 Alonso 3 Kessie 3 Frenkie 2 Gavi 2 Eric 1 Memphis 1 Torre 1 Araujo 1 Jordi Alba 1 Aurogol 1 pic.twitter.com/NDmewOMyPl

— Ronald Gálvez (@ronaldgalvez_) April 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Raphinha tiba dari Leeds United tahun lalu tetapi tempohnya di sana mungkin singkat apabila laporan AS mengaitkan Arsenal, Tottenham dan Newcastle United berminat terhadap pemain berusia 26 tahun itu.
Blaugrana perlu melepaskan Raphinha demi memberi ruang kepada Messi untuk kembali memandangkan masalah kewangan yang dihadapi kelab itu.