Skip to main content

Bola Sepak

Raphinha akan ikut jejak legenda Brazil main cantik di Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raphinha.jpg
Raphinha melengkapkan perpindahannya ke Barcelona malam tadi, di mana presiden kelab itu, Joan Laporta, memuji pemain sayap Brazil berkenaan sambil berkata: "Kami fikir permainan cantik akan kembali".

Pada usia 25 tahun, Raphinha mengikut jejak legenda negaranya, iaitu  Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho dan Neymar, yang tiba di Camp Nou dengan harapan besar diletakkan di bahunya.

Dia berkemungkinan akan disertai penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, yang menjadi sasaran utama Barca dalam jendela perpindahan kali ini, tetapi Laporta tidak mahu terlepas memuji pembelian besar terbaru kelab itu.

"Ia sesuatu yang menarik buat kami. Buat kami semua yang hidup sewaktu zaman kegemilangan kelab ini, akan sentiasa ada pemain Brazil," kata Laporta.

"Dia mengambil baton ilusi dan magis. Bagi kelab ini, kami fikir permainan cantik akan kembali.

"Xavi yang meminatinya. Dia bertegas mahukannya dan kelab ini mencuba segala yang kami mampu.

"Kami bersyukur kerana anda menunjukkan keingingan untuk menyertai Barca dan itulah kuncinya," katanya.

Barcelona dilaporkan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak €67 juta (RM300 juta) untuk mendatangkan Raphinha.

Pemain lincah itu menjaringkan 11 gol buat Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

 

 

Advertisement

Must Watch Video