Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Varane membuat 93 penampilan untuk kelab itu sejak tiba daripada Real Madrid pada Ogos 2021 dengan menyumbangkan dua gol selain merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) pada 2023.
United menduduki tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki dua perlawanan dalam kempen 2023-24 yang penuh bergelora dan berada dalam bahaya terlepas tiket Eropah.
Namun, pemain berusia 31 tahun itu yakin masa depan yang lebih cerah menanti kelab itu.
"Saya mengharungi beberapa tahun yang menakjubkan untuk mewakili kelab istimewa ini dan menyarung jersi ini," katanya dalam video yang disiarkan di akaun X.
"Kali pertama saya tiba ke Old Trafford sebagai pemain Man United, ia adalah gila. Suasananya menakjubkan. Saya jatuh cinta dengan kelab ini dan peminatnya. Anda perlu beraksi untuk Manchester United bagi memahami makna di sebalik mewakilinya.
Thank you for everything, @ManUtd ❤️ pic.twitter.com/4nwJxk4ddf
— Raphaël Varane (@raphaelvarane) May 14, 2024
"Ia akan menjadi venue yang istimewa sepanjang hayat saya ini.
"Walaupun kami mengharungi musim yang sukar, saya sangat positif dengan masa depan kelab ini.
"Pemilik baru datang dengan rancangan yang jelas dan strategi yang hebat."