ACLE

Ranking MA AFC: Australia bakal pintas Malaysia, JDT-Selangor tetap ke Asia

Najmi Iman 16/03/2025 | 01:11 MYT
Kedudukan Malaysia di tempat kelima sedikit goyah selepas kekalahan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), kepada gergasi Thailand, Buriram United, dalam perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Selasa lalu.
Ketika ini, menurut kemas kini Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Malaysia berada di kedudukan lima negara terbaik zon Asia Timur dengan pungutan 40.039 mata.
Namun, Australia berpeluang memintas Malaysia menerusi wakil mereka, Sydney, dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang akan berlangsung April depan.
Sekiranya mereka berjaya menewaskan kelab Singapura, Lion City Sailors, dan mara ke final, Australia secara rasminya akan memungut banyak mata untuk berada di atas Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan ini akan mengakibatkan ranking Malaysia terjatuh di tempat keenam keseluruhan.
Begitupun, kecemerlangan skuad Harimau Selatan juga memberi manfaat apabila Malaysia tetap mempunyai wakil dalam saingan tertinggi, ACLE, musim depan.
Tambahan pula, slot ACL2 juga berada dalam genggaman dan naib juara Liga Super musim ini, Selangor, sekali lagi bakal kembali ke kancah tersebut untuk berentap dengan pasukan serata Asia.
Untuk rekod, perjalanan JDT dalam kempen ACLE musim ini terhenti di pusingan 16 mengulangi pencapaian terdahulu, sementara Selangor tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan kejohanan ACL2.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #AFC #Selangor #ACL2 #ACLE