Skip to main content

Bola Sepak

Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia.jpg
Kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia, malam tadi.

Dua pertembungan besar dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 memberi nilai tambah yang banyak buat Sang Garuda, sekali gus menjarakkan diri sebanyak tujuh anak tangga daripada Malaysia.
 
Meskipun tewas besar kepada Jepun, skuad kendalian Shin Tae-yong berupaya mengalahkan pasukan di kedudukan ke-59, Arab Saudi 2-0, menerusi jaringan Marselino Ferdinan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, seterusnya menaikkan ranking mereka.

Sementara itu, Harimau Malaya sekadar berjaya naik satu anak tangga ke-132 yang dipengaruhi prestasi oleh skuad negara mengalahkan Laos 3-0 dan seri 1-1 dengan India dalam jendela antarabangsa minggu lalu.

 
 

Advertisement

Must Watch Video