Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak tiga anak tangga

Muzaffar Musa
Jun 20, 2024 16:37 MYT
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan lonjakan ranking FIFA Harimau Malaya sebanyak tiga anak tangga dari kedudukan ke-138 dunia ke kedudukan ke-135 dunia.
Ini selepas satu keputusan seri dan satu kemenangan yang diraih dalam kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 awal bulan ini.
Malaysia mengikat Republik Kyrgyz 1-1 di laman lawan pada 6 Jun lalu sebelum menewaskan Chinese Taipei 3-1 pada 11 Jun lalu.
Dengan dua keputusan itu, Harimau Malaya meraih tambahan 10.23 mata dan menghimpunkan 1107 mata keseluruhan.
Kemas kini ranking FIFA seterusnya akan diumumkan pada 18 Julai ini.
#bola sepak #Harimau Malaya #Ranking FIFA