Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa ranking dunia Harimau Malaya dalam kemas kini terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kekal di tangga ke-130 dunia.

Ia menyaksikan skuad negara mengekalkan kedudukan yang sama selepas mendaki tujuh anak tangga dalam kemas kini terdahulu pada 30 November lalu.

Kedudukan itu dijangka akan berubah dalam kemas kini ranking FIFA seterusnya pada 15 Februari depan memandangkan skuad negara akan menghadapi saingan Piala Asia di Qatar bermula 12 Januari ini.