Skip to main content

Bola Sepak

Ranieri dipecat Watford selepas tewas kepada Norwich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

claudio-ranieri.jpg
Claudio Ranieri dipecat Watford selepas tewas kepada pesaing di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City.

Watford tewas 0-3 kepada Norwich City pada Sabtu lalu dan tidak pernah menang sepanjang sembilan perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan -- rekod terburuk mereka sejak Disember 2013.

Ia terbukti menjadi perlawanan terakhir mereka di bawah bimbingan Ranieri, yang hanya dapat meraih tujuh mata daripada 39 yang ditawarkan sejak mengambil alih tugas Xisco Munoz pada October lalu.

Kelab itu mengeluarkan satu kenyataan berkenaan pemecatan jurulatih itu awal pagi tadi.

Watford memuji integriti jurulatih berusia 70 tahun itu tetapi menjelaskan satu perubahan perlu dilakukan untuk memberikan pengganti Ranieri waktu yang mencukupi untuk menyelamatkan kelab itu daripada penyingkiran.

"Kelab Bolasepak Watford mengesahkan pemergian ketua jurulatih Claudio Ranieri.

"Pihak Lembaga The Hornets mengakui Claudio merupakan seorang yang berintegriti dan bermaruah, yang akan sentiasa dihormati di Vicarage Road atas usahanya memimpin pasukan ini dengan bermaruah.

Bagaimanapun, pihak lembaga berpendapat, dengan baki hampir separuh saingan EPL, pertukaran ketua jurulatih yang dilakukan sekarang akan memberikan pengendali baru waktu yang mencukupi untuk bekerjasama dengan skuad berbakat ini bagi mencapai matlamat segera untuk kekal dalam EPL.

"Tiada ulasan lanjut akan dilakukan kelab ini sehingga pelantikan jurulatih baru dalam masa terdekat ini."

Watford seterusnya akan berdepan Burnley pada 5 Februari ini.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video