Rangnick tinggalkan United, fokus kepada skuad Austria

Ammar Hakim
Mei 29, 2022 06:47 MYT
Ralf Rangnick tidak akan mengambil peranan sebagai penasihat yang telah dirancang oleh Manchester United untuknya, ia didedahkan semalam.
Selepas tempoh yang mengecewakan sebagai pengurus sementara, prospek Rangnick kekal sebagai sebahagian daripada rancangan United kelihatan semakin pudar.
Dia dilantik sebagai jurulatih baharu Austria bulan lalu, dan itu hanya meningkatkan kemungkinan dia akan berpindah.
Kini United telah mengesahkan Rangnick, yang dianggap sebagai ahli strategi yang cemerlang ketika menyertai kelab itu, tidak akan menjadi sebahagian daripada rancangan mereka pada masa hadapan.
Ini bermakna Erik ten Hag, pengurus yang dibawa masuk dari Ajax dengan kontrak tiga tahun, tidak akan berkerjasama dengan Rangnick.
United menerusi satu kenyataan, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ralf Rangnick atas usahanya sebagai pengurus sementara sejak enam bulan lalu.
“Dengan persetujuan bersama, Ralf kini akan menumpukan semata-mata kepada peranan baharunya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria dan oleh itu tidak akan mengambil peranan sebagai penasihat di Old Trafford.
"Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ralf dalam bab seterusnya dalam kariernya."
;