Pengarah Sukan RB Leipzig, Ralf Rangnick, mengesahkan bahawa pasukannya tidak menerima
sebarang tawaran daripada Liverpool untuk cuba mendapatkan khidmat Naby Keita pada bulan ini.
Keita telah menyempurnakan perpindahannya ke Anfield pada Ogos tahun lalu tetapi pemain
tengah itu hanya akan menyarung jersi Liverpool pada musim depan.
Liverpool dilaporkan membayar klausa perpindahan Keita bernilai GBP48 juta (RM262 juta) yang
diaktifkan pada 1 Julai 2018 dan mereka juga dikatakan melakukan pembayaran tambahan
berjumlah GBP7 juta (RM38 juta) dalam usaha untuk menyelesaikan perpindahan itu lebih cepat
dan meminjamkannya semula kepada Leipzig.
Bagaimanapun, situasi Liverpool yang kini hanya dibezakan tiga mata dengan pasukan tangga
kedua liga serta perpindahan Philippe Coutinho membuatkan mereka dikatakan mahu
membayar GBP18 juta (RM98 juta) untuk membawa Keita masuk lebih awal tetapi Rangnick
mengesahkan tiada sebarang usaha untuk merealisasikan situasi itu.
"Baik Liverpool atau Keita sendiri, tiada sesiapa yang cuba mengubah perjanjian sebelum ini.
"Dia mahu meninggalkan kami pada musim panas dan akan beraksi buat Leipzig sehingga akhir
musim ini. Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi," kata Rangnick.