Skip to main content

Bola Sepak

Rancangan ASL tidak berjaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

papua-new-guinea-ujian-malaysia-sebelum-aksi-piala-suzuki-aff.png
Perancangan untuk mewujudkan Liga Super Asean (ASL) yang dijangka bermula pada tahun depan akhirnya musnah selepas 11 ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) gagal mencapai kata sepakat.

Dalam mesyuarat ahli majlis yang dilangsungkan di Vientiane, Laos pada 20 Mei lalu, sebanyak sembilan negara difahamkan telah mengundi untuk tidak menyokong kewujudan ASL, termasuk Malaysia, manakala Singapura dan Filipina mengambil sikap berkecuali dengan tiada mana-mana negara bersetuju mengenai penganjuran asl.

Menurut Setiausaha Agung AFF, Datuk Azzuddin Ahmad, pihaknya akur dengan kemahuan majoriti ahli gabungan kerana faktor kepadatan jadual liga tempatan negara masing-masing.

“Mereka mahu fokus dan meningkatkan tahap liga mereka sendiri dan jika dilihat pada jadual mereka, ia amat padat,” katanya.

Azzuddin juga menafikan mereka tidak mendapat sokongan penaja sebaliknya mengesahkan AFF menerima sambutan menggalakkan daripada badan korporat di rantau Asia Tenggara.

“Bilangan tajaan yang kami peroleh amat baik dan tawarannya juga sangat menarik.

“Malangnya, ia tidak boleh dijalankan jika tiada kemahuan daripada pihak-pihak yang sepatutnya,” ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video