Skip to main content

Bola Sepak

Ramos: Sepanyol tidak terjejas isu pemecatan Lopetegui

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergioramos-cropped_11dkn4b92q3wf10ahgxvx6i62z.jpg
Kapten Sepanyol, Sergio Ramos, mendakwa pasukannya tetap bersatu walaupun dikejutkan dengan berita pemecatan Julen Lopetegui selaku pengendali La Roja beberapa hari sebelum bermula Piala Dunia.

Lopetegui disingkirkan daripada skuad Sepanyol semalam susulan pengumuman Real Madrid yang melantiknya sebagai pengurus pasukan.

Fernando Hierro kini memangku jawatan ketua jurulatih Sepanyol bagi menghadapi saingan di Russia, terutama aksi pertama peringkat kumpulan menentang Portugal pada awal pagi Sabtu ini.

Bagaimanapun, Ramos menegaskan situasi yang berlaku dalam kem juara Piala Dunia 2010 itu tidak menjejaskan moral dia dan rakan sepasukannya.

"Kami berada dalam pasukan kebangsaan, memegang maruah Sepanyol, termasuk panji-panji, penyokong serta negara.

"Tanggungjawab dan komitmen tetap kekal bersama dan untuk anda. Semalam, hari ini dan esok, tetap bersatu. #VamosEspana," kata Ramos melalui laman Twitter peribadinya.

Dalam masa sama, Hierro yang memenangi lima kejuaraan LaLiga dan tiga trofi Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid sewaktu bergelar pemain, dilihat tidak cetek pengalaman sebagai pengurus pasukan.

Dia merupakan pembantu Carlo Ancelotti di Santiago Bernabeu pada musim 2014/15 sebelum mengemudi pasukan Oviedo, dua tahun selepas itu.

Dia bertindak selaku pengarah sukan buat skuad kebangsaan Sepanyol sejak November tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video