Saul Niguez berterima kasih kepada penyokong sejati Atletico Madrid yang memacu kepada kemenangan mereka ke atas Liverpool selepas mengharungi kempen yang sukar.
Dalam aksi awal pagi semalam, Saul meledakkan gol kemenangan pada minit keempat dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah sekali gus membolehkan Atletico membawa bekalan 1-0 ke Anfield bagi perlawanan timbal balik.
Juara bertahan, Liverpool, meraih 73 peratus penguasaan bola tetapi gagal mencipta sebarang percubaan tepat tatkala mereka mengalami kekalahan ketiga dalam semua kejohanan musim ini.
Prestasi Atletico -- yang diperkuatkan dengan sokongan padu di Wanda Metropolitano -- jelas berada jauh daripada yang terbaik selepas hanya meraih dua kemenangan dalam lapan perlawanan sejak menewaskan Barcelona dalam separuh akhir Piala Super Sepanyol.
Pada waktu itu, Saul bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik dan bersyukur penyokong tetap memberikan sokongan dalam aksi awal pagi semalam sambil dia dinamakan pemain terbaik perlawanan bagi aksi itu.
"Ia adalah hasil daripada kerja keras, tidak putus asa, sentiasa berusaha walaupun ramai orang sangsi dengannya," kata pemain Sepanyol itu.
"Kami menjalankan tugas dengan baik, begitu juga ketika bertahan. Kami bersatu kerana mereka sangat bahaya dengan Sadio Mane dan Mohamed Salah. Mengekang mereka di bahagian sayap adalah kunci utama.
"Ramai orang mahu membunuh serta mengkritik kami tetapi penyokong Atletico sejati tetap ada ketika naik dan turun. Kami bersyukur kerana ia perkara penting."
Saul juga mengakui dia bersemangat untuk aksi itu selepas kembali ke posisi tengah setelah digunakan selaku bek kiri kebelakangan ini.
"Saya sangat bersemangat," tambahnya.
"Terdapat banyak kritikan dan saya gembira dapat membantu pasukan.
"Suasana stadium sangat hebat. Ia mengingatkan kami dengan detik di Vicente Calderon."
Atletico akan menentang Villareal, Espanyol dan Sevilla dalam saingan LaLiga sebelum mengharungi aksi kedua di Anfield, 11 Mac depan.