Skip to main content

Bola Sepak

Rakan sepasukan Mats Deijl perkuat Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dean.jpg
Indonesia menambah tiga lagi pemain warisan bagi memperkukuhkan pasukan menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia berdepan Bahrain dan Australia di Stadium Gelora Bung Karno, bulan ini.

Tiga pemain itu adalah Dean James (Go Ahead Eagles), Joey Pelupessy (Lommel SK) dan Emil Audero (Palermo) yang berpangkalan di Eropah, malah telah selesai proses mengangkat sumpah di Kedutaan Indonesia di Itali, hari ini.

Antara yang mencuri tumpuan adalah rakan sepasukan calon naturalisasi skuad kebangsaan di Go Ahead Eagles, iaitu Mats Deijl, yang tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai Harimau Malaya sebelum ini.






Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai status tiga pemain baru itu.

"Hari ini Joey Pelupessy, Dean James dan Emil Audero telah mengangkat sumpah sebagai warganegara Indonesia untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan.
 

Advertisement

Must Watch Video