Skip to main content

Bola Sepak

Rakan Cristiano Ronaldo, Quaresma bertandang ke Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

quaresma1.jpg
Peminat Kedah berpeluang menyaksikan penampilan istimewa bintang Portugal, Ricardo Quaresma, yang bakal hadir ke Stadium Darulaman, 11 April ini.

Tujuan bekas rakan sepasukan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo itu, sebagai memeriahkan perlawanan persahabatan yang diadakan di antara pilihan All Star Kedah menentang pilihan All Star Malaysia, sekali gus merasmikan inisiatif terbaru kelab tersebut iaitu Majlis Pengumuman Duta The Wing. 

Ia merupakan langkah terbaru Sang Kenari yang dianggap satu program keahlian bersama kelab yang melantik figura terkemuka dunia itu selaku salah seorang duta rasmi kelab.

Pemain-pemain veteran atau bekas tonggak Kedah dari era 90-an akan menghiasi aksi tersebut selain pemenang Puskas pertama dari Malaysia, Mohd Faiz Subri, turut hadir bermain dalam perlawanan itu.

Butiran lanjut di sini: 

 

Advertisement

Must Watch Video