Skip to main content

Bola Sepak

'Raja Assist' Liga Indonesia perkuat TFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

konate4.jpg
Selepas empat tahun meninggalkan pasukan T-Team, Makan Konate akhirnya kembali ke bumi Terengganu untuk bersama Terengganu FC (TFC) bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Pemain tengah Mali itu mewakili T-Team (kini TFC II) dari 2016 hingga 2017 sebelum kembali menyertai Liga Indonesia dan sempat mewakili tiga pasukan berbeza, iaitu Sriwijaya,  Arema dan Persebaya Surabaya sebelum sah mengikat kontrak bersama skuad Peteh itu.

 "Saya amat gembira menyertai TCF tahun ini. Saya sudah mendapat tawaran itu sejak beberapa bulan lalu," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Dahulu saya pernah bermain di T-Team pada tahun 2016. Saya pernah bertemu TFC sewaktu di T-Team dan sering menonton perlawanan pasukan itu."

Konate terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada T-Team gara-gara kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada 2017.

Walapun begitu, selepas pulih daripada  kecederaan berkenaan, dia kembali mencipta nama di Indonesia sehingga dinobatkan dengan Anugerah Raja Assist.

"Pada 2017, saya mengalami kecederaan ACL sehingga terpaksa berehat selama setahun.

"Selepas menjalani pemulihan, Alahmdulillah saya dapat pulih sepenuhnya.

"Saya pulang ke Indonesia dan bermain selama dua tahun di sana.

"Kini saya akan kembali ke Malaysia dan mudah-mudahan ia dipermudahkan Allah SWT.

"Sewaktu di Sriwijaya, saya mendapat gelaran Raja Assist di sana tetapi saya bermain sebagai pemain tengah bertahan.

"Kemudian saya menyertai Arema dan mencetak 13 gol. Sewaktu 2019 pula saya mencetak 16 gol dan 11 bantuan.

"Di Surabaya tahun lalu, saya menghasilkan empat gol.

"Di Indonesia dan Malaysia sama sahaja, saya suka kedua-duanya kerana negara Muslim, Alhamdulillah," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video