Skip to main content

Bola Sepak

Raja Ahmad Zainuddin meninggal dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raja-ahmad-090617.jpg
Bekas Naib Presiden, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, meninggal dunia di Hospital KPJ, Ipoh, pada jam 8.45 pagi tadi.

Raja Ahmad, 61, dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke wad semalam sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh selepas solat Jumaat.

Semasa bergelar pengurus pasukan Perak, Allahyarham membantu pasukan itu muncul juara Piala Malaysia edisi 1998 dan 2000 serta dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan era milenium.  

Allahyarham yang juga bekas wartawan Berita Harian, turut pernah berkecimpung dalam politik secara aktif dan menyandang kerusi Ahli Parlimen Larut sejak tahun 1999 dan kemudian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah hingga 2008.

Advertisement

Must Watch Video