LIGA INGGERIS

Raiola: Pogba tidak tidur malam dibuai khabar angin

Ammar Hakim 12/02/2021 | 07:06 MYT
Ejen Paul Pogba, Mino Raiola, berkata dia akan berusaha demi masa depan bintang Manchester United, secara 'senyap' ketika dikaitkan dengan bekas kelabnya, Juventus.
Masa depan Pogba kembali menjadi subjek perbincangan sejak Raiola mendakwa masa pemain itu telah 'berakhir' Disember lalu, mendorong spekulasi kemungkinan kembali ke menyertai juara bertahan Serie A, Juve atau pindah ke Sepanyol bersama Real Madrid.
Pemenang Piala Dunia itu turun 15 daripada 23 aksi Liga Perdana INggeris (EPL) dalam musim kelimanya sejak kembali ke Old Trafford dari Juve pada 2016.
Kontrak Pogba bakal berakhir pada 2022 dan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, telah menjelaskan "dialog terbuka" mengenai perjanjian baru dengan pemain kebangsaan Perancis itu sedang berlangsung.
Tetapi setelah membuat spekulasi mengenai Pogba pada masa lalu, Raiola kini ingin memastikan sebarang perancangan bagi pemain berusia 27 tahun itu bakal dilakukan secara senyap.
"Pogba perlu diberikan masa untuk bersendiri dan fokus kepada bola sepak," kata Raiola kepada tuttomercatoweb.com.
"Apabila saya bercakap ramai yang mula bimbang hingga dia tidak dapat tidur malam, jadi saya tidak akan bercakap lagi.
"Saya akan melakukan tanpa memberikan sebarang maklumat kepada anda semua, saya akan bekerja secara senyap."
Pogba tampil cemerlang sejak Tahun Baru, mencetak gol kemenangan penting dalam perlawanan tandang menentang Burnley dan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bagaimanapun, Pogba berdepan masalah kecederaan ketika bertemu Everton dan dijangka berehat untuk beberapa minggu.
;