Skip to main content

Bola Sepak

Raickovic gembira kembali dapat kepercayaan Ngap Sayot

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milos-raickovic.jpg
Pemain tengah Sarawak, Milos Raickovic, bagaikan tidak percaya dia akan kembali semula ke Kuching selepas Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membuat pusingan 'U' mengenai polisi pengambilan import. 

Tonggak dari Montenegro itu berkira-kira mencari majikan baru musim ini sebaik Sarawak tersingkir ke Liga Perdana. 

Kehadiran jurulatih baru, Ian Gillan, bagaimanapun, berjaya mengubah pendirian FAS yang memberi lampu hijau untuk mendapatkan pemain import. 

Kini, dia serta penyerang, Matteo Roskam, kembali ke pangkuan Sarawak selain kehadiran import baru dari Serbia, Nebojsa Marinkovic. 

"Saya gembira berada di sini. Kehadiran Marinkovic yang menggunakan bahasa Balkan memudahkan saya untuk berkomunikasi. 

"Ia memudahkan kelancaran kami dalam pasukan," katanya. 

Dia yang baru sahaja mendapat cahaya mata kedua bulan lalu mengakui selesa bersama Sarawak. 

Raickovic menyertai Ngap Sayot sejak pertengahan musim lalu, justeru dia berasakan musim 2018 menjadi detik terbaiknya untuk membantu Sarawak kembali ke kancah Liga Super. 

"Saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. 

"Saya gembira dengan rentak permainan saya di sini serta berasakan kami akan melalui kempen musim ini dengan baik," ujarnya lagi.

Sarawak akan membuka tirai perjuangan musim ini berdepan Kuantan FA pada 2 Februari ini sebelum menentang TFC II, tiga hari kemudian. 

 

Advertisement

Must Watch Video