Skip to main content

Bola Sepak

Rahmad akui T-Team gagal peraga aksi terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rd1.jpg
Pengendali T-Team, Rahmad Darmawan, mengakui pasukannya gagal menampilkan rentak berkualiti susulan keputusan seri 1-1 dengan Pahang di Kuala Terengganu, malam tadi.

Menurut Rahmad, persembahan mereka agak mengejutkan kerana tidak beraksi seperti kebiasaan, malah menyifatkan segala-galanya serba tidak menjadi buat T-Team.

Pemain-pemain juga, katanya, begitu gopoh dalam membuat gerakan sehingga pasukan lawan dengan mudah merampas bola daripada kawalan pasukannya.

“Kami tergesa-gesa ketika mengatur serangan selain gagal menangani tekanan pasukan lawan.

“Namun, saya tetap berpuas hati dengan respons pemain-pemain selepas moral kami terjejas teruk akibat kekalahan 1-5 kepada Felda United, Sabtu lalu,” ujarnya.

Rahmad turut memohon maaf kepada penyokong pasukan itu sambil mempertahankan prestasi penyerang importnya, Yannick N’Djeng, yang gagal berfungsi dalam perlawanan malam
tadi.

Tambahnya, pemain itu disarankan oleh pasukan perubatan untuk berehat, namun terpaksa diturunkan jugakerana masalah kecederaan penyerang lain.

“Ramzul (Zahini) masih cedera, (Mamadou) Samassa pula diketepikan sehingga tamat musim ini. N’Djeng sendiri berkeras mahu turun membantu pasukan ini sedangkan dia juga tidak cergas sepenuhnya.

“Meskipun peluang semakin tipis, kami akan terus memandang ke hadapan untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video