Skip to main content

Bola Sepak

Rafinha harap Neymar kembali ke Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona.jpg
Rafinha berharap Neymar akan kembali ke Barcelona untuk mengembalikan "magis sebenarnya" dengan bantuan Lionel Messi dan Luis Suarez.

Neymar, 27, sedang hangat dikaitkan dengan kepulangan ke Camp Nou, hanya dua tahun selepas menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod perpindahan tertinggi €222 juta (RM1.03 bilion).

Rafinha mengalu-alukan kepulangan penyerang kebangsaan Brazil itu, yang telah menjaringkan 105 gol sepanjang empat musim di Barca, untuk kembali bergandingan dengan Messi dan Suarez.

"Saya harap Neymar kembali. Dia pemain hebat yang amat bagus buat Barcelona," kata pemain tengah itu kepada media Sepanyol.

"Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti trio Messi-Neymar-Suarez dan saya harap (Antoine) Griezmann akan ke sini juga."

Dengan Griezmann dan Neymar berpotensi untuk menyertai Barca, beberapa pemain -- termasuk Rafinha -- dijangka akan meninggalkan Camp Nou.

Rafinha, yang masih memiliki baki kontrak hingga tahun depan, dilaporkan menjadi sasaran Valencia, namun pemain berusia 26 tahun itu mahu kekal bersama juara LaLiga berkenaan.

"Saya dapat lihat diri saya bersama Barcelona musim depan dan saya akan berjuang untuk memastikannya.

"Saya mahu bermain bola sepak dan Barcelona merupakan rumah saya.

"Saya masih mempunyai kontrak dengan kelab ini, jadi saya amat yakin," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video