Skip to main content

Bola Sepak

Rafinha akan kekal sebagai pemain Barcelona -- Braida

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafinha.jpg
Pengarah Barcelona, Ariedo Braida, menjangkakan Rafinha akan kekal bersama kelab selepas Inter memilih untuk mendapatkan khidmat pemain itu secara tetap.

Rafinha, sama seperti abangnya, Thiago Alcantara, merupakan hasil akademi Barcelona dan mencipta nama ketika dipinjamkan ke Celta Vigo.

Dia berada dalam skuad Barcelona musim lalu tetapi kecederaan menyempitkan peluangnya dan telah dibenarkan untuk menyertai Inter secara pinjaman dan kini kelab Serie A tersebut mahu mendapatkan khidmat pemain itu secara tetap.

Rafinha telah beraksi sebanyak 17 kali bersama Inter dan menampilkan aksi yang positif tetapi Braida yakin serta memahami pemain tengah itu akan terus kekal di Nou Camp.

"Rafinha akan kekal sebagai pemain Barcelona," katanya.

"Dia memiliki kualiti permainan yang sangat baik dan seorang pemain yang mahir mengawal bola.

"Rafinha mengalami kecederaan yang serius tetapi selepas pulih, dia menampilkan aksi yang cemerlang bersama Inter."

Rafinha berada dalam kesebelasan utama Barca ketika mereka merakamkan kemenangan 2-1 dalam aksi Piala Super Sepanyol ke atas Sevilla hujung minggu lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video