Skip to main content

Bola Sepak

Rafael Vitor optimis berikan segalanya jika wakili Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafael.jpg
Pemain pertahanan import Penang, Rafael Vitor, kini dalam proses mendapatkan kad pengenalan Malaysia dan berpeluang untuk mewakili Harimau Malaya dengan pemain berusia 32 tahun ini sudah lima tahun menetap di Malaysia dan beraksi dalam kancah Liga Super.

Vitor yang berkongsikan mendapat sokongan daripada rakan sepasukan Brazil, Endrick dos Santos dan Paulo Josue sebelum ini, berjanji akan memberikan yang terbaik jika dipanggil menyertai skuad kebangsaan. “Jika diberi peluang, saya akan lakukan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.






Rekod musim 2024/2025 menyaksikan empat jaringan berjaya dicetak Vitor selepas 18 perlawanan.

Malah, Vitor yang menyertai Penang pada 2020, kini menunggu proses naturalisasi yang dijangka selesai dalam beberapa minggu akan datang.

Kehadirannya dalam skuad kebangsaan dijangka bakal memperkuatkan jentera pertahanan.

Advertisement

Must Watch Video