LALIGA
Rafael Benitez kembali ke Sepanyol kendali Celta Vigo
Celta Vigo mengumumkan Rafael Benitez dilantik sebagai pengurus baharu bermula bulan Julai.
Celta telah mengesahkan 'perjanjian pada dasar' telah dicapai untuk bekas pengendali Liverpool, Newcastle dan Real Madrid itu untuk mengambil alih tugas di Stadium Balaidos dari permulaan latihan pramusim bulan hadapan.
Benitez, 63, telah diketepikan dalam pengurusan sejak dipecat oleh Everton pada Januari tahun lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu mempunyai pengalaman yang cukup luas kerana pernah bekerja di kelab lain termasuk Chelsea, Napoli, Inter Milan dan Valencia.
Kejayaannya termasuk memenangi Liga Juara-Juara, LaLiga dua kali, Liga Europa, Piala UEFA, Piala Dunia Kelab, Piala FA dan Coppa Italia.
Kenyataan dari Celta menggambarkan Benitez sebagai 'pengendali yang menggerunkan' dan 'salah seorang jurulatih paling berjaya dalam sejarah Sepanyol'
"Bekas jurulatih Madrid itu mempunyai pengalaman yang luas di bangku simpanan dengan kerjaya yang sukar untuk ditandingi"
Dia akan menggantikan Carlos Carvalhal, yang meninggalkan pasukan selepas mengelak penyingkiran musim lalu.