Skip to main content

Bola Sepak

Radja Nainggolan terima padah merokok di bangku simpanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

radja-nainggolan.jpg
Radja Nainggolan digantung serta-merta oleh Antwerp selepas gelagatnya menghisap e-rokok di bangku simpanan tular.

Bekas pemain Roma dan Inter itu tidak serik selepas didapati memandu dengan lesen tamat tempoh minggu lalu apabila mencetuskan kemarahan terbaru kelab Belgium berkenaan  dan kini berdepan masa depannya yang tidak menentu. 

Walaupun menjadi nadi pasukannya dengan 18 penampilan musim ini, tiada ruang buat bintang Belgium berusia 34 itu -- yang tidak pernah menyembunyikan tabiat merokoknya -- apatah lagi ia berlaku dalam perlawanan.

Satu kenyataan daripada kelab itu berbunyi: "Dalam perjanjian jelas termaktub mengenai jangkaan kami terhadap apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pemain."

 


Nainggolan, bagaimanapun, mengakui kesilapannya sambil berikrar untuk tidak memalingkan diri daripada kelab itu. 

Dia menulisnya di Instagram: "Kelab telah membuat satu keputusan yang boleh diterima, walaupun saya fikir ia mungkin terlalu keras buat saya.

"Tetapi saya akan cuba menyumbang dalam bentuk yang berbeza."

Advertisement

Must Watch Video