Bintang Chelsea, Christian Pulisic, diuji positif COVID-19 dan akan terlepas perlawanan 'derby' dengan Arsenal malam esok.
Berita mengenai pemain tengah menyerang berusia 22 tahun itu tiba kurang seminggu selepas dia menjaringkan gol yang membantu kemenangan 3-0 The Blues ke atas Crystal Palace dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris.
Pulisic juga membantu Chelsea menjulang Piala Super UEFA dua minggu lalu dengan menyudahkan sepakannya dalam penentuan penalti untuk skuad kendalian Thomas Tuchel itu menewaskan Villarreal -- selepas turut menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Pulisic berkata dalam satu kiriman Instagram semalam: "Hai semua, malangnya saya telah diuji positif COVID-19 awal minggu ini.
"Mujur saya telah lengkap divaksin dan tidak menunjukkan sebarang gejala setakat ini.
"Saya tidak sabar untuk kembali beraksi! Terima kasih atas sokongan anda," katanya.
Pengurus Chelsea, Tuchel, turut mengesahkan pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu akan terlepas kunjungan ke Stadium Emirates malam esok dengan berkata: "Mengenai Christian, malangnya amat mudah untuk dijelaskan.
"Dia didapati positif dan perlu mengikut protokol, jadi dia tidak dapat bermain dalam perlawanan ini."

This team. ? pic.twitter.com/UZESk4TJGY
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 15, 2021
Pengurus Chelsea, Tuchel, turut mengesahkan pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu akan terlepas kunjungan ke Stadium Emirates malam esok dengan berkata: "Mengenai Christian, malangnya amat mudah untuk dijelaskan.
"Dia didapati positif dan perlu mengikut protokol, jadi dia tidak dapat bermain dalam perlawanan ini."
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM