Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mungkin perlu mempertimbangkan penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Mac 2024.

Malaysia dijadual berdepan Oman dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 26 Mac.

Namun, sebulan sebelum itu iaitu pada 24 Februari, penyanyi tersohor dari United Kingdom (UK) akan bertandang ke Malaysia untuk mengadakan konsert.




Bagaimanapun, dengan bulan Ramadan dijangka disambut sebelum pertengahan Mac, maka FAM juga harus memikirkan gelanggang yang lebih sesuai untuk Harimau Malaya selain kapasiti kehadiran penyokong sebagaimana lazimnya perlawanan diadakan pada Ramadan kelak.