BOLA SEPAK MSIA
PSM ada resepi jaga kualiti padang SNBJ sebelum aksi Manchester United lawan ASEAN All-Stars
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil menegaskan segala persiapan menjelang aksi persahabatan antarabangsa antara Manchester United menentang ASEAN All-Stars berada pada tahap terbaik.
Dia turut percaya dengan standard prosedur operasi (SOP) baru yang melarang rumput dipindah sementara, serta penutupan permukaan padang tidak melebihi tempoh 48 jam, merupakan langkah progresif terutamanya pada aksi Malaysia menentang Vietnam dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027, bulan depan nanti.
"Sejak September tahun lepas kami telah ada kontraktor baru untuk membantu dan menasihati kami dalam menjaga kualiti padang dengan lebih baik.
Iklan
"Berdasarkan pengalaman lebih setahun, kami telah temui cara yang tepat untuk uruskan padang dan rumput dengan lebih baik. Kita ada sebulan untuk bersedia sebelum aksi Manchester United lawan ASEAN All-Stars.
"Dalam tempoh sebulan ini akan ada konsert, dijangkakan 50,000 peminat akan hadir. Selepas itu kami ada 18 hari untuk menyediakan padang dalam keadaan yang optimum.
Khabar gembira juga hadir apabila PSM mengesahkan sedang dalam proses mendapatkan jentera "harvester" baharu bagi memudahkan tujuan meratakan permukaan padang ke tahap yang lebih berkualiti.
"Pendekatan baru ada, contohnya SOP kami sangat ketat jika anjur konsert. Dimana padang hanya boleh tutup selama 48 jam, ada berat maksimum, kami tidak benarkan padang ini untuk dipindahkan. Kami sedang melabur pada mesin penjagaan padang yang terbaik." katanya.
Must-Watch Video