PSG tawar perkembangan terbaru Neymar

Shaiful Shamsudin
April 28, 2023 08:45 MYT
Neymar dijadual akan menanggalkan pendakap di kaki kanannya hari ini sebaik menerima keputusan ujian yang meyakinkan.
Penyerang Paris-Saint Jerman (PSG) itu menjalani pembedahan hujung bulan lalu akibat terkoyak ligamen buku lalinya dalam kemenangan 4-3 Ligue 1 ke atas Lille.
PSG kemudian mendedahkan Neymar dijangka diketepikan selama tiga hingga empat bulan.
Pendahulu Ligue 1 itu juga menawarkan perkembangan positif yang terkini mengenai pemulihan pemain berusia 31 tahun tersebut.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu: "Neymar Jr telah kembali ke pusat latihan.

⚽️ Training of the day for our Parisians with a special visit from David Beckham. ?? ? #PSGFCL pic.twitter.com/2bj0oioeAl

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kakitangan perubatan Paris Saint-Germain dan pakar bedah yang bertanggungjawab akan menanggalkan pendakap kakinya hari ini.
"Selepas menerima keputusan yang meyakinkan daripada ujiannya, pemain ini sudah boleh meneruskan protokol pemulihannya di Paris."
#Neymar #PSG #Ligue 1
;