Skip to main content

Bola Sepak

PSG rehatkan Messi kerana cedera lutut, mungkin terlepas aksi lawan City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi.jpg
Lionel Messi diketepikan Paris Saint-Germain (PSG) daripada kunjungan ke laman Metz dalam perlawanan Ligue 1 awal agi esok gara-gara kecederaan lutut, yang mungkin memaksanya untuk melupakan aksi menentang pasukan kendalian Pep Guardiola, Manchester City, minggu depan.

Pemain kebangsaan Argentina itu menghadapi kecederaan berkenaan ketika PSG meraih kemenangan 2-1 ke atas Lyon hujung minggu lalu -- kemenangan keenam daripada enam perlawanan musim ini.

Messi melakukan penampilan pertamanya di laman sendiri dalam perlawanan itu tetapi dikeluarkan ketika kedudukan terikat 1-1, sekali gus masih tidak dapat menjaringkan sebarang gol sejak menyertai PSG daripada Barcelona bulan lalu.

PSG tidak meyenaraikan Messi bagi menghadapi Metz di Stade Saint-Symphorien, di mana perlawanan itu hanya dibezakan enam hari sebelum mereka bertandang ke laman skuad bimbingan Guardiola, City, dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Perkara itu disahkan pasukan gergasi Perancis berkenaan dalam laman web rasmi mereka.

"Messi, susulan kecederaan yang dialami di lutut kirinya, telah menjalani ujian imbasan MRI dan didapati mengalami gejala bengkak tulang.

"Ujian lanjut akan dijalankan dalam tempoh 48 jam," kata kenyataan itu.

PSG turut mengesahkan bahawa Marco Verratti sudah kembali menyertai latihan semalam tetapi Sergio Ramos -- yang masih belum melakukan sebarang penampilan sejak tiba daripada Real Madrid -- akan terus menjalani latihan secara individu.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video