DIJON 1 PSG 6
Neymar diragui untuk memperkuatkan Paris Saint-Germain (PSG) menjelang pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) ke Borussia Dortmund, demikian menurut pengurus, Thomas Tuchel.
PSG beraksi tanpa Neymar ketika membelasah Dijon 6-1 dalam perlawanan suku akhir Coupe de France awal pagi tadi akibat kecederaan tulang rusuk.
Bintang Brazil itu berjuang di Paris untuk pulih daripada kecederaan yang menimpanya itu ketika bertemu Montpellier pada 1 Februari lalu yang menyebabkannya turut terlepas perlawanan Ligue 1 bertemu Nantes dan Lyon.
Selepas berkunjung ke Amiens bagi aksi Ligue 1 PSG, awal pagi Ahad ini, mereka akan berlepas ke pangkalan wakil Bundesliga itu untuk pertemuan pertama mereka, Rabu depan.
Ditanya mengenai Neymar, Tuchel memberitahu pemberita: "Saya tidak dapat memberi jaminan bahawa dia akan 100 peratus beraksi menentang Borussia Dortmund.
"Kami akan berbincang dan membuat keputusannya esok. Ia masa yang paling sesuai untuk berbuat demikian, kami tidak boleh mengambil risiko terhadap kecergasannya."
Tambahnya: "Kami tidak akan mengambil risiko ke atasnya ketika berdepan Amiens. Kami akan menurunkan pasukan yang mantap tetapi jika kami mempunyai sedikit keraguan, kami tidak akan mengambil risiko."
Dalam masa sama, gergasi Perancis itu mara ke separuh akhir Coupe de France hasil jaringan sendiri Wesley Lautoa walaupun 12 minit kemudian, Mounir Chouiar, mengimbangi kedudukan.
Bagaimanapun, jaringan berganda daripada Pablo Sarabia dan ledakan Kylian Mbappe dan Thiago Silva serta gol sendiri Senou Coulibaly untuk memastikan kemaraan PSG.
"Dijon bermula dengan sangat agresif, mengambil banyak risiko dan berusaha keras. Kami juga sangat fokus dan berjuang untuk bola kedua," katanya lagi.
"Kami cukup berhati-hati tetapi dapat meningkatkan tempo. Kami bersabar dan beraksi dengan pantas untuk mencipta ruang dalam babak kedua. Kami mengawal permainan dan menjaringkan dua gol lagi dengan kadar segera."
Editor: Shaiful Shamsudin