Skip to main content

Bola Sepak

PSG julang Coupe de la Ligue

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

edinson-cavani.jpg
PSG 3 MONACO 0

Paris Saint-Germain (PSG) menjuarai Coupe de la Ligue buat kali kelima berturut-turut dengan kemenangan 3-0 ke atas Monaco dalam aksi final di Bordeaux, awal pagi tadi.


Dua jaringan daripada Edinson Cavani dan satu gol Angel Di Maria memastikan kemenangan buat PSG.

Musim lalu, Cavani meledak dua gol ketika meraih kemenangan 4-1 berdepan lawan sama dan dia hanya memerlukan lapan minit di Stadium Matmut Atlantique, dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Kamil Glik menjatuhkan Kylian Mbappe.

Dengan ketiadaan Neymar yang mengalami kecederaan buku lali, Mbappe bertindak selaku perancang permainan, dengan larian serta hantarannya memastikan Di Maria cemerlang menghasilkan gol buat PSG.

Jaringan Radamel Falcao dinafikan kerana berada dalam kedudukan ofsaid tetapi ia tidak mampu memberikan semangat buat mereka untuk bangkit apabila Cavani menjaringkan gol ketiga perlawanan pada penghujung permainan.

PSG kini telah memenangi trofi ini sebanyak lapan kali, enam daripadanya hadir sejak 2008 dan ia adalah langkah pertama mereka untuk menyapu bersih kejuaraan domestik.

Advertisement

Must Watch Video