Skip to main content

Bola Sepak

PSG bakal berhitung dengan Monaco

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

de-maria.jpg
AVRANCHES 0 PSG 4

Paris Saint-Germain (PSG) bakal berdepan pencabar utama gelaran Ligue 1, AS Monaco, dalam saingan separuh akhir Coupe de France di tempat sendiri.


Pertembungan itu mengulangi pertemuan mereka dalam final Coupe de la Ligue -- yang dimenangi anak buah Unai Emery pada minggu lepas -- selepas menewaskan pasukan divisyen tiga, Avranches, 4-0 untuk layak ke separuh akhir, awal pagi tadi. 

Hatem Ben Arfa menjaringkan dua gol manakala Lucas Moura dan Javier Pastore turut menemui sasaran dalam kemenangan di tempat lawan untuk memastikan PSG  menempah pertemuan dengan Monaco yang mendahului Ligue 1 dengan tiga mata dengan berbaki lapan perlawanan lagi.

Walaupun ketinggalan dalam liga, PSG berjaya mengatasi pasukan kendalian Leonardo Jardim itu 4-1 dalam aksi Coupe de la Ligue di Parc Olympique Lyonnais, Sabtu lalu.

Monaco pula menewaskan Lille 2-1 dalam satu lagi pertemuan suku akhir Coupe de France untuk menyertai slot separuh akhir.

Angers pula akan menanti kunjungan Guingamp dalam satu lagi aksi separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video