Paris Saint-Germain (PSG) akan bersabar dengan proses pemulihan kecederaan Neymar, kata pengurus, Thomas Tuchel.
Penampilan bintang Brazil itu dalam perlawanan suku akhir Coupe de France di laman Dijon awal pagi esok akan ditentukan selepas dia menjalani penilaian kecergasan dalam sesi latihan.
Neymar terlepas kemenangan 2-1 PSG ke atas Nantes dan kejayaan membenam Lyon 4-2 sepanjang minggu lalu.
Ia selepas penyerang itu mengalami kecederaan rusuk ketika menentang Montpellier awal bulan ini.
Dia kembali menyertai sesi latihan pasukan itu Jumaat lalu tetapi Tuchel enggan tergesa-gesa untuk kembali menurunkan ayam tambatannya itu.
"Neymar cedera, kami perlu bersabar dan berhati-hati dengannya.
"Kami akan menentukan (jika dia boleh diturunkan) selepas sesi latihan," katanya.
Tuchel turut mengesahkan bahawa masih terlalu awal untuk Marquinhos kembali daripada kecederaan betis dan menjangkakan pemain itu akan diturunkan dalam perlawanan Ligue 1 menentang Amiens, Sabtu ini.
Thiago Silva dan Bernat akan kembali ke dalam pasukan utama tetapi Presnel Kimpembe dan Marco Verratti, yang mengalami kecederaan ketika menentang Lyon, akan diketepikan.
Kedua-dua pemain itu akan menyertai senarai kecederaan yang turut dibarisi Marquinhos, Colin Dagba dan Abdou Diallo menjelang pertemuan dengan Borussia Dortmund dalam perlawanan pertama pusingan 16, Liga Juara-Juara Eropah minggu depan.
Editor: Muzaffar Musa