Skip to main content

Bola Sepak

Prospek muda Manchester United, Mejbri, sertai Birmingham City secara pinjaman semusim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannibal-mejbri.jpg
Manchester United mengesahkan bahawa pemain tengah muda, Hannibal Mejbri, akan menghabiskan musim 2022-23 dengan dipinjamkan ke pasukan Liga Kejuaraan, Birmingham City.

Pemain remaja Tunisia itu, yang telah melakukan tiga penampilan bersama skuad senior United sejak penghujung musim 2020-21, merupakan pemain terbaru akan meninggalkan Old Trafford buat sementara waktu.

Mejbri akan mengikut jejak penjaga gol, Dean Henderson, dan dua pemain pertahanan, Alex Telles dan Eric Bailly, yang dipinjamkan ke pasukan lain.

Perpindahan itu dilihat akan membantu pemain berusia 19 tahun berkenaan memperkukuhkan kedudukannya dalam skuad kebangsaan Tunisia menjelang Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.

Setakat ini, dia telah mengumpulkan 16 penampilan antarabangsa menjelang temasya bola sepak terbesar itu.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video