BOLA SEPAK
Proses dapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda di peringkat akhir-- - Rob Friend
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini dalam fasa akhir bagi mendapatkan pemain warisan dari Belanda, perkara itu telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend.
Menerusi siaran di laman Instagram, Rob berkata, "Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.
"Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac, dan dengan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya.
"Walau bagaimanapun, kami tetap sama-sama komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia. Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi kami, kami memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan untuk pasukan kebangsaan.
"Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia."