Skip to main content

Bola Sepak

Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

benjaminmora.jpg
Bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya berikutan penstrukturan skuad Harimau Malaya yang akan bermula tidak lama lagi. 


Kelab Liga Mexico, Queretaro, menjadi destinasi terbarunya selepas diumumkan selaku ketua jurulatih terbaru menerusi kenyataan rasmi di media sosial.

 


Terdahulu, individu berusia 45 tahun itu dikatakan bakal menggalas misi sebagai salah seorang tenaga penting dalam projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seperti yang diuar-uarkan di X.

Peletakan jawatan Pau Marti Vicente selaku jurulatih pasukan kebangsaan selepas kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 menghangatkan lagi situasi serta menimbulkan persoalan apakah yang bakal terjadi nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video