Christophe Galtier memuji impak yang diserlahkan oleh Sergio Ramos musim ini ketika Paris Saint-Germain (PSG) menghampiri kejuaraan Ligue 1 apabila Lorient, malam esok.

Bekas pertahanan Real Madrid itu tiba di kelab berkenaan menjelang musim 2021-22 tetapi bergelut selama beberapa bulan akibat kecederaan.

Bagaimanapun, dengan pra-musim penuh dan bebas kecederaan, bekas bintang Sepanyol itu kini muncul salah seorang peneraju utama PSG pada 2022-23.

Menjelang perlawanan berdepan Lorient, mereka berpeluang mengekalkan jurang lapan mata di puncak sambil Galtier menggariskan impak yang dicipta Ramos.

“Sergio mengalami musim yang sukar tahun lalu berikutan dibelenggu kecederaan betis,” katanya.


"Kali ini, dia menjalani persiapan yang lengkap. Dia seorang pemain yang cukup profesional.

"Apabila anda mempunyai rekod sedemikian pada usia ini, ia adalah kerana anda telah mencurahkan segalanya.

"Dia memberi suntikan pengalamannya dan dia merupakan pemain penting di dalam bilik persalinan.

"Dia juga bersetuju terhadap pengurusan sukannya. Saya sangat berpuas hati dengannya pada musim ini dan atas apa yang ditonjolkannya pada hari perlawanan, malah dalam aspek dalam kehidupan seharian.

"Dia adalah tauladan yang harus dituruti oleh semua pemain muda kami."