Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, turun melakukan tinjauan latihan video bantuan pengadil (VAR) fasa ke-3 yang diadakan di padang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.

Seramai 20 pengadil, 21 penolong pengadil dan 14 ‘operator ulang tayang’ telah terlibat dalam latihan kali ini yang telah bermula sejak 20 November lalu dan akan tamat pada 4 Disember depan.




Sebanyak lima kamera digunakan dalam latihan VAR perlawanan ujian hari ini yang menepati kriteria ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Latihan VAR fasa ketiga ini telah dikendalikan oleh enam instruktur FAM sementara seorang instruktur VAR FIFA, Igor Radojcic dari Serbia akan mula mengikuti program kali ini Rabu ini.