Skip to main content

Bola Sepak

Presiden KAFA: Wan Rahim timbang bertanding

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-abdul-rahim-wan-abdullah_2.jpg
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, tidak menolak kemungkinan bertanding merebut jawatan presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam kongres agung luar biasa (EGM), Sabtu ini. 

Katanya, beliau akan mempertimbangkan sama ada untuk terus bertanding atau menarik diri selepas dicalonkan dalam pemilihan presiden dan barisan Exco baru persatuan terbabit oleh Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ).

"Semua calon diberikan peluang oleh KAFA untuk membuat keputusan menentukan sama ada setuju atau tidak bertanding.

"Saya akan pertimbangkan pencalonan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan KAFA menerima empat pencalonan bagi jawatan presiden. Selain Wan Abdul Rahim, tiga calon lain adalah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dan ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

EGM terbabit akan diadakan susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan selepas didesak pelbagai pihak.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video