Skip to main content

Bola Sepak

Presiden FIFA ucap terima kasih kepada Presiden FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

52930391_2058295000933920_4042429055855755264_n.jpg
Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),Gianni Infantino menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin kerana sambut baik jalinan kerjasama bagi mewujudkan satu Pusat Latihan Kebangsaan di Malaysia.

Gianni Infantino gembira dengan usaha murni bersama-sama ini apabila upacara pecah tanah berjaya dilancarkan pada pagi Rabu. 
 

Bagi Infantino, "Pusat Latihan Kebangsaan yang dibangunkan di Malaysia adalah contoh hebat tentang apa yang boleh dilakukan oleh FIFA melalui program masa depan dengan kerjasama dari persatuan ahli kami. 

"Ia akan menyediakan generasi pemain elit dengan kemudahan terbaik untuk mengekspresikan dan meningkatkan bakat mereka. 

“Tahniah dan terima kasih kepada @famalaysia, diketuai oleh Presiden Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, dan kerajaan Malaysia kerana menyokong kami dalam membantu memenuhi impian rakyat Malaysia yang ingin bermain bola sepak untuk negara mereka di pentas global. 

Advertisement

Must Watch Video