Skip to main content

Bola Sepak

Presiden FIFA kongsi gambar bersama Hamidin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

infantino-hamidin.jpg
Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menarik perhatian apabila memuat naik gambar yang memaparkan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Haji Hamidin Mohd Amin.

Hamidin sebelum ini dilaporkan berangkat ke ibu pejabat FIFA di Zurich bagi membincangkan tentang hukuman yang dikenakan ke atas FAM dan tujuh pemain warisan negara.

Bagaimanapun, masih tiada sebarang makluman rasmi yang dikongsikan mengenai perkembangan penggantungan dan denda yang dikenakan terhadap Malaysia oleh FIFA Jumaat lalu.

Fokus orang ramai secara tiba-tiba terarah kepada sekeping foto yang dimuat naik oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino di laman Instagram pada Rabu yang menyaksikan kelibat Tan Sri Haji Hamidin turut kelihatan sama.

Infantino memuat naik beberapa keping foto yang lain juga dalam hantaran yang sama untuk meraikan Ahli Majlis FIFA ketika jamuan makan malam yang diadakan sehari sebelum mesyuarat penting semalam.

Rabu lalu FAM membuat kenyataan bahawa pihak mereka masih menantikan dokumen penuh keputusan penghakiman oleh FIFA sebelum dapat bergerak ke langkah seterusnya iaitu proses rayuan.
 

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video