BOLA SEPAK MSIA
'Presiden FAM mesti berani kata ini adalah zamannya'
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Sadek Mustaffa, menagih keberanian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Ayub, agar tegas dalam mempamerkan kemampuannya sebagai pemimpin badan induk itu.
Dia berasakan keperluan melantik mantan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, dilihat bukan keperluan utama untuk barisan kepimpinan baru yang sebenarnya mampu berdiri sendiri tanpa telunjuk orang luar.
Malah, untuk membandingkan Hamidin dengan presiden terdahulu yang memegang tampuk presiden kohormat juga dianggap tidak wajar memandangkan Hamidin hanya ‘orang biasa’ yang bukan daripada institusi diraja.
Iklan
"Kita tidak mahu dibayangi dengan kisah lama, kita mengharapkan Datuk Joehari mesti berani untuk berkata ini adalah zamannya dalam mengubah landskap bola sepak negara.
Dengan melabelkan Hamidin sebagai jambatan untuk menghubungkan FAM dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) juga dianggap tidak tepat.
Hamidin sepatutnya menjadi pemudah cara dengan membuka laluan buat pemimpin baru melebarkan idea dan bertanggungjawab tanpa perlu di kawal selia oleh mantan Presiden FAM itu.
"Seharusnya Datuk Hamidin menjadi pemudah cara untuk melorongkan kepimpinan Datuk Joehari untuk dapatkan sokongan untuk membawa cadangan Datuk Joehari di peringkat AFC mahupun FIFA untuk proses seperti menyiapkan kompleks FAM di Putrajaya.
"Untuk mendapatkan penajaan lebih besar, dan tidak perlu ada jawatan khas dalam FAM." tambahnya.
Must-Watch Video