Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, membidas pelantikan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, untuk mengetuai Selecao.
Pengendali dari Itali itu menjadi jurulatih bukan dari Brazil yang pertama sejak 1965 untuk memegang tampuk pasukan kebangsaan dan disandarkan untuk memacu kegemilangan skuad samba itu dalam Piala Dunia tahun depan.
“Sejujurnya, saya tidak menentangnya sebagai orang asing. Apa yang saya fikir ialah kami juga mempunyai jurulatih tempatan. Brazil mampu memimpin Selecao," kata Lula dalam kunjuungannya ke China.
Dua tahun lalu, presiden negara Amerika Latin itu menolak cadangan untuk memancing Ancelotti dengan berkata: "Kenapa dia tidak menyelesaikan masalah Itali, yang tidak layak ke Piala Dunia 2022?"
Namun, dia tetap menyifatkan Ancelotti sebagai "juruteknik yang hebat" sambil menaruh harapan jurulatih itu berkeupayaan membantu Brazil dengan berkata: "Mula-mula layak ke Piala Dunia dan kemudian, jika boleh memenanginya."
Selecao menghuni tangga keempat peringkat kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal dianjurkan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Mereka kini mengumpul 21 mata daripada 14 perlawanan di belakang Ecuador, Uruguay dan juara dunia, Argentina.
Enam pasukan Amerika Latin terbaik akan layak secara automatik ke temasya 2026 itu.