Luis Rubiales meletakkan jawatannya sebagai presiden Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) selepas terpalit kontroversi mencium Jenni Hermoso.
Rubiales mencium bibir pemain itu ketika penyampaian trofi sejurus kemenangan Sepanyol ke atas England dalam perlawanan akhir Piala Dunia bulan lalu tetapi Hermoso berkata ciuman berbentuk bukan berbentuk konsensual.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bertindak menggantung Rubiales sementara menunggu siasatan terhadap kelakuannya dan Hermoso sudah pun menyerahkan aduan kepada pejabat pendakwa raya negara pada minggu lalu yang kini berada di mahkamah tinggi Sepanyol.
Dalam satu kenyataan menerusi satu akaun yang tidak disahkan awal pagi tadi, Rubiales telah memaklumkan kepada Pedro Rocha -- yang memangku presiden RFEF tatkala dia digantung -- mengenai peletakan jawatannya termasuk selaku naib presiden UEFA .
Presiden berusia 46 tahun itu menulis: “Selepas digantung FIFA ditambah dengan prosiding lain yang terbuka terhadap saya, adalah jelas bahawa saya tidak akan dapat kembali ke kedudukan saya.
“Bertegas untuk menunggu dan bertahan tidak akan menyumbang kepada sesuatu yang positif, baik kepada persekutuan mahupun bola sepak Sepanyol.”
Dia menambah: “Saya percaya kepada kebenaran dan saya akan melakukan segala-galanya menerusi kuasa yang ada untuk menang.
“Anak-anak perempuan saya, keluarga saya dan orang-orang yang mengasihi saya telah mengalami kesan penganiayaan yang keterlaluan serta banyak kepalsuan tetapi kebenarannya mula terdedah.”

BREAKING: Luis Rubiales has sensationally resigned as President of the Royal Spanish Football Federation following the scandal over him kissing Spain’s Jenni Hermoso at the Women’s World Cup Final. He revealed the news in a world exclusive interview for @PiersUncensored pic.twitter.com/Kl2uQTOzqv
— Piers Morgan (@piersmorgan) September 10, 2023