BOLA SEPAK

Pratama Arhan antara watak Bangkok United runtuhkan kekebalan Buriram United

Shaiful Shamsudin 13/01/2025 | 04:40 MYT
Pratama Arhan Alif Rifai bantu Bangkok United memecah kekebalan selama 392 hari Buriram United dalam Liga 1 Thai.
Pemain Indonesia berusia 23 tahun itu yang menyertai Bangkok minggu lalu masuk sebagai pemain gantian -- 10 minit menuju masa kecederaan dan kelibatnya di atas padang berhasil mencetuskan gol kemenangan pasukannya yang dihasilkan Nittipong Selanon ketika dua minit melewati waktu pemberhentian dalam perhitungan di Pathum Thani itu, malam tadi.
Sehubungan itu, jurulatih Bangkok United, Totchtawan Sripan percaya pemain itu mampu mempunyaikan diri dan seadilnya diberikan tempoh untuk mendapatkan rentak setelah lebih kerana di bangku simpanan Suwon FC dalam kancah Korea Selatan.
"Dia baru menyertai latihan penuh selama dua hari tetapi aksinya hari ini ada manfaatnya.
"Masih banyak lagi aksi liga dan kejohanan yang boleh membantu (perkembangan prestasi) Arhan.
"Jika dia menunjukkan permainan bagus, mungkin dia akan diserapkan ke dalam skuad utama. Dia harus merebut tempatnya dan juga memberikan kami banyak pilihan. Sepanjang 10 minit permainan dia telah membuktikannya dengan baik.
“Namun, dia tetap perlukan waktu untuk sesuaikan diri dan saya percaya dia mampu melakukannya," katanya.
;