Pramusim: Terengganu raih kemenangan tipis atasi Sri Pahang
Najmi Iman
April 28, 2024 23:07 MYT
April 28, 2024 23:07 MYT
Terengganu meraih kemenangan tipis 1-0 menentang Sri Pahang dalam perlawanan pramusim di Stadium Temerloh sebentar tadi.
Perlawanan kali ini juga menguji mental pemain kedua-dua pasukan dengan pelaksanaan teknologi video bantuan pengadil (VAR).
Pemain import, Nurillo Tukhtasinov, muncul penjaring tunggal dalam perlawanan itu selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-82.
KEPUTUSAN MASA PENUH Perlawanan Pra Musim Liga Malaysia Sri Pahang FC 0-1 Terengganu FC#PraMusim2024/25 #LigaMalaysia pic.twitter.com/6Zl5cnXORX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia selepas pengadil perlawanan, melakukan semakan VAR, yang mendapati pertahanan Sri Pahang, melakukan kekasaran terhadap pemain Terengganu dalam kawasan penalti dan kesempatan itu tidak disia-siakan Nurillo untuk menjaringkan gol kemenangan buat Skuad Sang Penyu.