Skip to main content

Bola Sepak

Pramusim: Siaran langsung (live streaming) JDT vs Cardiff City

jdt1.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkasa pasukan dengan siri jelajah pramusim di Sepanyol dengan perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab terpilih. 

Ini merupakan kaedah pengendali baharu, Xisco Munoz, demi menghasilkan skuad terhebat menghadapi kancah domestik Liga Malaysia (Liga-M) dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee serta Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim hadapan. 

Terdahulu, Harimau Selatan berjaya memperoleh dua kemenangan berdepan kelab divisyen 5 Sepanyol, Real Murcia Imperial, dan elab yang berpangkalan di Elche, Costa City.

 

Bagi meneruskan rentak kecemerlangan, juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu akan bertemu kelab terkemuka Wales, Cardiff City, (nama yang tidak asing bagi peminat Malaysia) untuk aksi seterusnya, awal pagi ini.

SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING JDT VS Cardiff City

Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di sini bermula pada jam 1.00 pagi ini. Kemas kini mengikut waktu Malaysia.

Tekan link ini untuk menonton: https://t.co/aj2D5ANyPx

Venue: Pinatar Arena
Masa: 1.00 pagi
Tarikh: 10 Julai 2025

Advertisement

Must Watch Video